Belog untuk mengeratkan hubungan antara kaum
by Lilian ~ August 30th, 2005. Filed under: Blogging.Belog untuk mengeratkan hubungan antara kaum (dah tukar mengikut cadangan Saintis Kreko)
(ish, I better translate this in case I got my BM wrong.
Blogs to strengthen racial harmony)
Setelah menceburi belogsfera ini selama 10 bulan, saya dapat memerhati seperkara yang amat ketara. Kebiasaannya, majoriti pembelog (bloggers) akan mengumpul atau berkroni mengikut kaum masing-masing.
Cuma terdapat segelintir pembelog yang boleh saya kira cukup muhibbah. Misalannya, Buaya69. Bila saya mula-mula menceburi belogsfera ini, saya tersilap anggap bahawa Buaya69 adalah seorang Melayu! Ini adalah kerana penggunaan Bahasa Malaysia di belognya seperti cucimata dan lain-lain.
Manakala, belog The Silent Room pulak, saya dapati Silencer amat muhibbah juga kerana pemuda ini mempunyai banyak pembaca kaum Cina.
(Ok, ignore those wrong imbuhan ‘cos my BM sucks, ok?)
Cuba layari belog-belog dan perhati pautan/kenalan/komen mereka. Bukankah ia amat ketara? Kebiasaannya, pautan-pautan mereka adalah terdiri dari pembelog-pembelog yang sama kaum.
Alangkah indahnya sekiranya setiap individu dapat meningkatkan persahabatan mereka dengan kaum-kaum lain. Kita dapat menggunakan belog untuk mengenali dengan lebih mendalam keistimewaan setiap kaum.
Saya juga amat pantang membaca belog-belog yang berunsur ‘racist’ (ish, apa tu?). Walaupun niat pembelog itu cuma untuk membantang (membangkang?) dasar kerajaan seperti isu-isu NEP, AP dan lain-lain, kekadang perkataan-perkataan yang digunakan itu sekaligus membidal (membidas? swipe?) dan menyinggung perasaan setiap individu. Janganlah ‘anjing betina’ (hahaha, bitching) pembasuh tandas yang tidak bersalah (innocent janitor) itu dan sekaligus, hentam kesemua kaum.
(kihkihkikh, God, I wonder how many wrong terms I used)
Jadi, sempena Hari Kemerdekaan yang keempat puluh lapan, marilah kita berusaha untuk menguatkan semangat muhibbah melalui belog kita.
Tanya diri kamu sendiri. Berapa peratus dari pautan/kenalan kamu adalah pembelog yang bukan sama kaum dengan kamu?
August 30th, 2005 at 2:39 pm
eh pembelog is actually a correct term meh ? i just made it up only without checking lol … wuah ceh makcik ini pun pandai berbolok dalam BM yer … pahwer sial! kalah jauh aku!
August 30th, 2005 at 2:41 pm
Belog itu Eyeris yang reka. Maksud belog dalam bahasa Bali = STUPID. LOL! Saya lebih suka lu mya bolok, macam bollocks.
August 30th, 2005 at 2:52 pm
Heheh, golongan penulis blog yang saya suka baca agak muhibbah. Saya tak kisah kaum penulis blog asalkan isi blog tu sendiri menarik untuk dibaca.
August 30th, 2005 at 2:54 pm
fuhyooo…lilian, dahsyatnyer!!!! tak sangka lilian begitu fasih dalam membentang unsur-unsur seperti perkauman dalam belog BM ye?
saya sugguh tidak sabar ingin membaca tulisan lilian pada 31/8 nanti.
majula bahasa melayu!!
August 30th, 2005 at 3:03 pm
saya kata orang (i say man), BM awak pun bukan main hebat ya? jadi besok belog dalam hokkien penang aa?
August 30th, 2005 at 3:04 pm
semua kaum adalah sama iaitu manusia. rambut sama hitam (except the one that dye their hair or westener or old), darah sama merah dan mata sama hitam except westener or contact lense). so fikir-fikirkanlah.
August 30th, 2005 at 3:10 pm
Merdeka!!!!
Merdeka!!!!!
Merrrrdekkaaaaaaaaaa!!!!
Jadi lah pembelog, jangan sekali-kali menjadi pembelot
August 30th, 2005 at 3:12 pm
“racist” tu perkauman dalam bahasa malaysia.
Dalam internet dan belog, takde kaum, takde warna, takde negera, takde kaya, takde miskin. Yang ada cuma orang dan ideanya. Orang berinteraksi bersama orang lain.
Walau eh! Nak tulis ini pun cukup mencabar sekali, kena fikir dua tiga kali.
August 30th, 2005 at 3:19 pm
Malaysia boleh!
August 30th, 2005 at 3:54 pm
wah! (as opposed to wow!)
August 30th, 2005 at 3:55 pm
racist = perkauman
August 30th, 2005 at 5:16 pm
TANGGAL 31 (Pencipta & Senikata: Ahmad CB)
Tanggal 31
Bulan lapan
Lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah Merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan
Lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka
Tiga satu
Bulan Lapan
Lima puluh tujuh
Hari mulai negara ku merdeka
August 30th, 2005 at 5:52 pm
Banyak, ada Cina ada India ada Melayu ada Siam ada Cambodian ada Indonesia dan ada kak lilian(ini jarang datang).
tapi, saya suka lu punya bahasa melayu, nampaknya bergay a, jgn main-main hor.
August 30th, 2005 at 6:11 pm
kita berbelog untuk melepaskan stress bukan berpolitik, sesiapa yang bersopan kita boleh berkawan.
August 30th, 2005 at 7:12 pm
hihihih …
i read your blog (only when i got some time .. which i don t really have lately).. so ok laa .. u oso muhibbah ..
btw, “Belog untuk mengeratkan perkauman” should read as “Blog* untuk mengeratkan hubungan antara kaum..”