Perayaan Jubili Emas pada Hari Merdeka

Pada hari esok, semasa negara kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke48, Diosis Pulau Pinang akan merayakan Jubili Emasnya yang ke 50 tahun di Stadium PISA. Diosis Pulau Pinang merupakan kumpulan gereja-gereja Katolik di sekitar kawasan Pulau Pinang.

Malangnya, saya tidak dapat hadir sama kerana pssstt…..saya malas nak duduk di PISA dari 4 petang hingga kira-kira 8 malam. Sakit punggung. *ouch, kena tendang dengan Peter Tan, Angie&Bart dan Lucia* Kesianlah saya, kena jaga anak kan?

Tetapi, saya ada juga sumbangan…….Pada hari berikutnya, 1hb September 2005, saya akan menyanyi di koir di Gereja Holy Spirit. Sebuah acara yang penuh oomph jugak. Iaitu ulangtahun ke 25 Bishop Selva. Jangan main-main, the Pope’s representative (wakil Pius?) akan hadir sama. Manatahu, beliau nanti terpegun dengan koir kami yang dinyanyikan di dalam Bahasa Malaysia, Tamil, Mandarin, Latin dan Inggeris dan terus import kami ke Itali. Pemain piano kami ialah, Dr. Bart Cheah yang mempunyai suara ala Josh Groban. Chewah.

Cik abang dan cik adik semua, apa itu keuskupan? Tiap-tiap minggu saya baca di Mingguan Katolik tapi tak tau maksud keuskupan.

Jadi, kepada semua penganut Katolik dari Pulau Pinang – Selamat menyambut Jubili Emas dan semoga Tuhan merahamati semua rakyat Malaysia..

8 Replies to “Perayaan Jubili Emas pada Hari Merdeka”

  1. hey lilian saya akan hadhir dalam misa ulang tahun ke 25 uskup selva (dan terusnya makan jamuan).

    saya akan cuba pasang telinga harap dapat suara merdu kau menyanyi. kalau saya tidak dapat menyanyi, kau nyanyi lah kuat kaut “santa lucia!” tentu saya dapat dengar. 🙂

    tidak terdapat terjemahan BM untuk ‘cathedral’? saya pun tak tahu!

  2. LT – Diternak? Hahaha, I hope you mean as sheeps and not lembus. LOL.

    Lucia – Hey, thanks for the clarification. I had been wondering for a long time what Pusat Keuskupan is. Now I know. Hope to catch you tomorrow but I guess hard ‘cos we have to be soooo ‘discipline’ when in the choir. Stone face or else forget my lines.

  3. Kena tendang? Tak boleh… nanti kami disabit kesalahan mendera orang. Josh Groban? Ayo… saya tak tahu mana nak sorok muka-loh… :o)

Comments are closed.