Warkah Untuk PM (Pak Lah sent a PERSONAL letter to me!)

I got a PERSONAL letter from Abdullah Hj Ahmad Badawi, Pengerusi Barisan Nasional. Don’t pway-pway, I got letter from the PeeEmm you knowww…..

IMGP9232

Since Pak Lah acknowledge me as saudari, I can address him back as Pak Lah. Here goes…

Warkah Untuk PM – Pak Lah

Pak Lah

Saya amat terpegun dan terharu Pak Lah ada masa untuk tulis surat kepada saya. Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang amat bersopan, maka biarlah saya membalas surat Pak Lah yang bertarikh 25 Februari 2008..

Sebelum itu, saya nak tau, mana Pak Lah dapat alamat saya? Ini bukan dari SPR sebab saya tidak berdaftar di tempat tinggal saya. Jadi dari spammer mana satu Pak Lah beli alamat saya?

IMGP9231

Kedua, saya memang pantang melihat orang-orang terkemuka, ahli politik, ratu cantik, artis-artis dan VIPs semua mempergunakan orang-orang kurang upaya sebagai bahan tunjuk sifat prihatin mereka. Ok lah, Bahasa Malaysia saya sudah karat tapi maksud saya, memang saya rasa amat sedih bila mereka semua digunakan dalam poster-poster, televisyen dan lain-lain. Sekiranya kita ikhlas, biarlah hulur pertolongan tanpa meminta apa-apa publisiti.

Pak Lah, surat Pak Lah bermula begini :

Empat tahun telah berlalu semenjak saudari mengamanahkan Barisan Nasional dengan mandat besar….

Eh, Pak Lah, dah silap lah. Saya pangkah PAS dan DAP. Saya tak bagi mandat kat BN punnnnn. Bukan apa, saya memang perangai ‘power to the underdogs’ dan akan mempertahankan parti-parti yang ditindas.

Pak Lah ada pok-pek macam macam pasal ekonomi, pekerjaan dan macam-macam lagi. Saya tak minat lah, Pak Lah. Yang saya risau ni….Dah pukul 3.30 petang dan anak-anak saya pun belum balik dari sekolah kerana mereka semua perlu bertungkus-lumus nak jadi ‘straight A’ students supaya Kerajaan BN dapat temberang yang negara kita semua mencapai 98% literacy (apa tu literacy?).

Pak Lah hari hari cakap pasal pembangunan. Itu pun saya tak minat. Yang saya nak, biarlah suami saya balik kerja awal sikit dan tidak terkena trafik jam sampai berjam-jam kat jambatan Pulau Pinang. Ni saya nak tanya Pak Lah. Pasai apa hang tak bagi kami buat jambatan baru dari dulu-dulu lagi? Pasai apa hangpa ni dok habaq kat Tsu Koon tu kerajaan tak ada duit? Ni…tolong Pak Lah habaq.

Lagi pun, buat apa pembangunan besar-besar? Kilang-kilang semua tu penuh orang Indon, Nepal, Bangla dan macam-macam lagi. Masalah sosial lagi bertambah. Bagi saya, kita sekadar cukup makan, cukup tinggal dah cukup lah, Pak Lah. Tak payah Pak Lah temberang :

‘nilai dagangan antarabangsa melangkau tahap lebih 1 trillion ringgit’

1 trillion pun…..kami kena bayar income tax, interest dari EPF bertambah kurang, toll pun naik, petrol pun naik, harga barang barang keperluan harian pun naik….

Jadi, minta maaf lah Pak Lah…saya dah bosan dengar propoganda BN. Tiap-tiap hari, ahli-ahli BN semua berkata bahawa mereka telah berjaya menangani masalah penduduk-penduduk miskin seperti menebang pokok, membersih longkang dan kerja-kerja macam tu. Eh, Pak Lah, ingat saya ni bodoh kah? Kan masalah-masalah longkong tersumbat, jalan berlubang semua tu berasal dari Majlis Perbandaran yang tidak efektif? Dan kan Majlis Perbandaran tu pihak UMNO. Jadi…apa yang sangat terror-merror pasal longkong tersumbat?

Lagi pun, Koh Tsu Koon dan orang Gerakan terus berkata ‘Give us another five years’ (to achieve something). Kan kami dah beri LIMA PULUH TAHUN? Tak cukup lagi kah?

Jangan marah, Pak Lah. Saya cuma tunjuk sifat demokratik. Kan negara kita demokratik. Jadi, saya ada hak meluahkan pendapat saya juga. Betul tak?

Semoga berjaya, Pak Lah. Saya tetap ‘power to the underdogs’ dan undian saya tetap kepada pihak yang tidak dapat bersuara. Nanti bila Barisan Nasional dah kalah, pilihanraya ke 13 baru saya undi Pak Lah, ok? Kan 13 lucky number Pak Lah.

HOI, BACA BETUL-BETUL DULU LAH! INI BUKAN LAMAN WEB WARKAH UNTUK PM LAH. SALAH ALAMAT.

**Self-advertisement. If you are feeling hungry, visit my Best Recipe food blog, if you want to make money online, visit my Make$ Money$ Blog and if you wish to read about my faith, visit my Christian blog.

141 thoughts on “Warkah Untuk PM (Pak Lah sent a PERSONAL letter to me!)

  1. askum..pak lah, politeknik muadzam shah sudah lama tidak di siapkan, malah sebelum ini terbengkalai, kami meskipun menumpang di sek men teknik, tetap mgharapkan kampus kami siap, kami juga seprti orang lain, mahu belajar dlm suasana kondusif, iaitu suasana ipta, tdk lag bernaung di bumbung sek men….knp projek politeknik kami pada awal 2oo1 masih lg tidak siap, kami pelajar tahu akhir ingin merasa..sedih rasanya apabila melihat poli yg terbengkalai

  2. Kepada pak lah yang berhormat,

    saya malliga ramesh dari kepong ingin memberitahu bahawa
    saya teringin nak berkerja di kerajaan. saya telah berdaftar di SPA8 dan sudah hampir setahun saya tidak dipanggil untuk memenuhi jawatan kosong. Tempoh permohonan saya hampir tamat dan saya akan membuat permohonan baru dan saya berharap kali ini saya akan memenuhi jawatan kosong.

    Saya dan keluarga akan sentiasa menyokong Kerajaan (BARISAN NASIONAL).Masa depan kami terjamin dengan BARISAN NASIONAL )

    KAMI ANAK MALAYSIA

    MALLIGA RAMESH

  3. Kepada pak lah yang berhormat,

    saya malliga dari kepong ingin memberitahu bahawa
    saya teringin nak berkerja di kerajaan. saya telah berdaftar di SPA8 dan sudah hampir setahun saya tidak dipanggil untuk memenuhi jawatan kosong. Tempoh permohonan saya hampir tamat dan saya akan membuat permohonan baru dan saya berharap kali ini saya akan memenuhi jawatan kosong.

    Saya dan keluarga akan sentiasa menyokong Kerajaan (BARISAN NASIONAL).Masa depan kami terjamin dengan BARISAN NASIONAL )

    KAMI ANAK MALAYSIA

  4. Assalamualaikum… pak lah…

    saya harap pak lah sudi membaca luahan hati saya ni…
    Cuma nak bagi tahu ketidak kepuasan hati saya pada pemilihan untuk profesion perguruan – KPLI ni…
    untuk pengetahuan Pak lah sudah 8 kali saya memohon untuk kemasukan KPLI tapi tak berjaya… saya memang betul-betul nak jadi guru..mengapa saya tak terpilih…saya tengok ramai guru yang tak berkelayakan… cuma makan gaji buta je..ajar pun sanbil lewa je tak ikhlas maklum lah muda-muda .Kenapa mereka pilih guru yang muda-muda je kenapa mereka tak pandang graduan yang berumur ini dan betul-betul berminat untuk berbakti pada masyarakat.yang sakit hatinya mereka senang je guna orang dalam kalau ada saudara kat kementerian pendidikan lagi senang dapat.Pak lah cuma bayangkan sudah lapan kali saya memohon, sampai sekarang saya still menunggu.. nak minta tolong orang… saya mana ada saudara yang terpengaruh…Pak lah umur saya dah 33 tahun peluang nak masuk kpli cuma tahun ni je… kerana limit umur memohon tidak lebih 35 tahun….. Pak Lah bantu lah saya…kalau boleh capailah impian saya ini…

    Lagi satu… mengapa susah sangat nak pohon keja kat kerajaan… dgr2 banyak keja kosong.. ahh.. banyak kali mohon kat SPA8 tapi selalu kena renew… tahun ke setahun… tak panggil-pangil sampai sekarang…. nak kata kena panggil temuduga .. tunggu musang kat malaysia berjanggutlah nampaknya.sampai tak kisah nak memohon kerja yang rendah tak setaraf dengan kelulusan… pasal nak keja sangat dgn sektor kerajaan tapi still tak dapat.Tak tahulah apa salahnya…Pak lah kalau di beri peluang saya nak pohon keja kat jabatan Pertahanan Awam(JPA3)kalau tak jadiguru. Memang saya berminat nak bantu orang Awam .Saya dah pohon jawatan ni kat SPA8 harap-harap kali ini kena panggillah.AMIM. Sekarang ni saya terlibat sebagai anggota sukarela je… bukan tetap… selalu gak saya nampak Pak Lah… Pak lah je tak nampak saya…

    Pak lah nak komen ni tentang iklan-iklan keja kosong dekat pelbagai jabatan kerajaan memang banyak keja dan selalu keluar kat paper,tapi sebenarnya tipu je… sebenarnya dah ada orang … selalunya saudara-saudara terdekat dah cop dulu… mana aci… bagi peluang lah kat orang lain…

    Akhir kata … terima kasih kerana sudi membaca luahan hati kecil salah sorang rakyat malaysia yang terpinggil….
    Harapan saya semoga ada maklum dari pak lah hendaknya… yang pasti saya akan sentiasa berdoakan kesejahteraan Pak lah sekeluarga.Amim.

  5. INI BUKAN LAMAN WEB WARKAH UNTUK PM. SILAP TEMPAT, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN. LAMAN WARKAHUNTUKPM BUKAN KAT SINI. INI WARKAH SAYA UNTUK PM. Segala komen yang ditulis di sini perlu tuan-tuan dan puan-puan sampaikan ke laman web warkahuntukpm.com.my.

  6. Lilian, you probably got more hits than him…and the search engines are pointing your way… poor guy.

  7. assalmmualaikom pak lah..

    saya ingin mengadu bahawa ibu saya telah di layan dengan buruk oleh petugas barisan apabila beliau memohon peruntukkan untuk balik ke kampung beliau untuk membuang undi..
    kalau mereka tidak mahu memberi peruntukkna tersebut,tp janganla mereka menghina dan menengking ibu saya di kalayak orang ramai..
    saya cukup marah dengan apa yang terjadi sebab tu saya menulis warkah ringkas ini..saya harap sangat pihak pak lah dapat mengambil tindakan tentang hal ini..saya jugak harap pihak pak lah dapat membalas warkah saya ini..saya beasal dari kg.warisan inanam sabah..sekian..saya akan menghargai semua jasa2 pak lah..askom..

    anak ibu malang,,
    manja..

  8. apa yg ingin saya kemukakan adalah tentang perihal silaturahim antara masyarakat dlm berpolitik.di kmpng saya contohnya.kebanyakan ahli bn terdiri drpd golongan org yg berpnddkn,kerja kerajaan dan sombong manakala ahli pas brpnddkn,kerja buruh dan silaturahim.sy tak sokong mana2 tp cr ahli bn 2 yg smbng!camne nak berkempen kalau sikap mereka cam tu?????

  9. the past 3 years, i wrote to pak lah about 7 times regarding my project in . Not even one reply from him. I took the time to report corruption and fraud cases that had affected my project. not even one reply.

    today, after the elections. i’m happy that people have realized the government (BN) is fooling us. Walaupun saya berbangsa india, samy vellu tidak pernah menolong saya – i wasted my time going to his office in Kuala Lumpur. The people have spoken – after another 4 years – paklah will go (out-voted). i noticed the warkah untuk PM is political ploy to encourage people to vote for BN- itu saje.

  10. assalammualaikom pak lah..
    syabas dan taniah saya ucapkan atas kejayaan BN masih menarajui Negara.saya manangis teharu berasa sedih dan bersyukur kerana negara MALAYSIA masih ditangan BN.syabas pak lah.
    selama ini kerajaan telah banyak memberi sumbangan kesenangan kemudahan kapada rakyat namun ini balasan rakyat pada kerajaan.sam2lah kita fikirkan apa sumbangan rakyat pada kerajaan.rakyat sekarang tak tau hidup susah.mereke tau menerima saja dah terlalu mua.kerajaan terlalu banyak memberi.sekarang saya rasa kerajaan dah sampai masa nya tak perlu lagi memberi bantuan pada rakyat.semoga segala subsidi yang dberi kerajaan pada rakyat dtarik balik biar rakyat tahu btapa susah nya pehidupan tanpa subsidi kerajaan.kerajaan ujudkan semula yuran sekolah.jangan dadakan lagi pptn.bisiswa,bagi pelajar univisiti biar mereka tahu betapa susahnya tampa bantuan kerajaan selama ini meraka tak tahu susah.semoga rakyat malaysia sedar.pada negeri yang dapat MB baru Tahniah saya ucapkan.semoga ALLAh selamatkan Negara ku yang amat ku cintai.
    TAHNIAH PAK LAH SYABAS SAYA UCAPKAN.

  11. The people of Malaysia should have foresees this and NOT let BN win even simple majority that enable them to head our government again. BN leaders are all arrogant complete with “OLD & ROTTEN” political mindset and dragging the country to downward fall together with the people. WAKE UP it will never too late!

  12. Greetings… the results mirror the works and supports.. Put it this way… “GIVE ME 5” we normally use to celebrate and to agree… But if everything WAS in place… if u did not ask for GIVE ME 5, we will say “WE GIVE U our 5″… is not too late.. There is alwiz time to do what you suppose before it is too late.. WE LOVE Malaysia.. and we Hope the Government Loves Us as well..
    Cheers… Till we meet in another 5 years.. ALL the best to new Winner… Try again for the loser.. Lets make this a healthy competition..

  13. Aiyaaa! Sekarang BN sudah manyak takut…… Any of the BN people…telan air ludah sendiri. Hhahahahahaha. Dulu menteri2 banyak eksi. Cakap bagi statement macam bapak dia punya negara. Ini hari, lepas PRU 12, Hishamudin tak da kasi statement hantam Tun Mahathir sbb hantam Pak Lah. Dulu sgt eksi. Padan lu punya muka. Kalau boleh BN tutup buku lah,. Rakyat sudah muak and jelak. Mau muntah tengok lu orang punya muka eksi. Sekarang mahu tunggu itu Pak Lah punya menantu turun, sapa nama itu monyet? Khairi? Bodoh punya orang. Oxford Reject!!!!! Pak Lah bila mau tulis surat sama saya? Nanti letak sekali gambar anak monyet lu juga la….

  14. Harap-harap lepas pru 12 ni dapat la pak lah jumpa al-ghazali or al-shafie yang dicari. Mungkin yang dicari tu ada kat penang, kedah, perak, selangok, or kelantan! Ini bukan mesej pak lah, tapi protes besar-besaran yang kami lancarkan selepas pru 11 apabila terperangkap dengan imej hadari yang ko jaja seluruh negara! Hakikatnya “hadhari” yang ko taja tu rupanya “ada hari-hari” aje. Jangan tipu rakyat dgn perkataan2 baru yg buat pak aji n mak aji kampung melopong lepas tu ko harap rakyat sokong! Kau sibuk serata negara kempen pembangunan wilayah kununnya, pelaburan bilion-bilion, hakikatnya rakyat tak mampu tanggung 30sen petrol, kau buat tak tau…sekarang terima lah lagu istimewa untuk pak lah and the gang, lagu dendangan ct nrhaliza, PERCAYALAH…..
    Pak lah pesan kat tok najib, sabaq sikit nak jadi PM, atau lebih baik pak lah drop tok jib tu cuz rasanya pasal mulut dia lah rakyat mual..tok jib kata PKR cuma ada 1 kerusi prlimen, silap-silap pru 12 PKR bungkus, roket BN dah sampai ISIS, roket DAP masih kt bumi! Hakikatnya BN yang bungkus kt kelantan, perak, penang, kedah n selangok! Roket DAP memang kt bumi lagi tapi dah sampai penang, tak lalu jambatan pun pasal tu la tol tak payah bayar. Bab yang ini cuba nyanyi ramai-ramai dlm MT UMNO lagu “angan dan sedar” nyanyian mawi, lepas tu suruh dia komen, mana tau ada pitching yang lari ke..kan! Demi survival of UMNO pak lah, please lah pikir n bertindak betul2, melayu sebenarnya still back you all, tapi terlalu muak dengan kerakusan yang korang tampil kan! Kalau pak lah tak paham nanti aku kirimkan foto-foto mahligai milik tok-tok umno yang berjuang untuk rakyat tu yeaa! Last but not least, b4 pak lah tido’ mlm dgn untie jean, nyanyi lagu ni pulak..”Engkau laksana BULAN”, sebab nak pegi bulan kena naik roket!

  15. Dlm pilihan raya umum kali ini, parti pembakang memperoleh kuasa pembentukan kerajaan dalam 5 buah negeri. Sekiranya dihalusi dgn teliti, ini bukanlah sesuatu yg negatif sepenuhnya. Sekurang-kurangnya, rakyat M’sia menjalankan proses demokrasi dgn memberi peluang kpd mereka untuk menonjolkan kebolehan mentadbir. Jika mereka berkaliber, apa salahnya? Namun begitu, kalau mereka hanyalah indah khabar drpd rupa, halaulah mereka keluar dlm pilihan raya yg akan datang. Bersama-samalah kita seluruh negara; rakyat berbilang kaum dan agama; menanti dgn hati yg terbuka. M’sia gemilang…..

  16. Hang punya slang penang pun boleh gagah! Aku dapat gak surat nie. Ntah kat mana dia gi kutip alamat ntah. Dok perabih duit rakyat dok print & pos benda nie!

  17. awat la hangpa layan orang tua nyanyuk tu….
    dia tu dah merapu yang bukan2 pun hangpa bagi lagi undi kat dia…
    lantak pie la dia dengan anak menantu dia tu kumpul harta sebelum kita gulingkan terus dalam PRU13 nanti…
    TAKBIRRR!!

  18. Gurindam PAKLAH:

    Panas ku sangka hingga ke petang,
    Rupanya hujan di tegahhari,
    Kelantan ku sangka mudah ditawan,
    Rupanya ku hilang 5 negeri.

    Sungguh malang nasib ku ini,
    Tiada kampung tiada negeri,
    Penang negeriku ditawan DAP,
    Tak tau kemana nak bawa diri.

    Andai baiknya ku undur diri,
    Bagi peluangku kepada khairy,
    sambil kutumpu kepada isteri
    Manalah tau kot2 dapat baby.

  19. kepada pm kita pak lah saya harap sgt yg pm dapat mengambil berat tentang penggaguran para graduan. tolong buat research di setiap tempat dalam sektor kerajaan mengenai jawatan kosong. terdapat banyak tmpt yg mempunyai kekosongan kerja tetapi saya still menggangurโ€ฆini kerana pihak atasan tidak alert tentang hal sometimes pentingkan diri sendiri mcam mane bangsa nak maju. pada pihak pm harus mengambil berat hal yg berkaitan warga muda yg bakal meneraju negara pda masa akan datang. tanpa sokongan dari pihak tuan maka kuranglah sokongan daari pihak muda-mudi.

  20. Teman selalu dengar perkataan “MODAL INSAN” sering dilaungkan oleh Pak lah.setiap kali berucap ade je perkataan tu di laungkan. Sekadar gah pada nama je.Tapi isinya tarak..Setiap tahun banyak graduan2 dilahirkan..Perkara yg penting perlu di fikirkan ialah insan tu dah ada modal jadi bagaimana usaha kerajaan untuk menggunakan modal yang ada pada insan itu untuk majukan negara.Peluang nak dapat kerja pun payah.Nak berniaga pun payah.Skarang ni banyak yang menganggur..yang ada kerja pun sekadar cukup2 makan untk menampung kos hidup yg semakin tinggi.Ape makne “MODAL INSAN” tu? Hanya nak bagi telinga sedap mendengar ke?

  21. Kawan sedih hati tengok pergolakan dalaman Parti UMNO.tetapi bagi kawan kata-kata dari surat Mukhriz itu ada kebenarannya supaya pak lah letakkan jawatan.Dengan hati yang jujur dan pandangan yang ikhlas selaras dengan pemerintahan demokrasi negara janganlah diambil apa2 tindakan.Sekarang tibalah masa sistem kepimpinan diubah dengan tidak lagi mengikut telunjuk,suruh angguk diangguk,suruh diam kita diam,seperti seekor kerbau yang ditambat pada hidung.lah ni setiap ahli UMNO perlu bersuara dengan lantang tanpa takut dengan pemimpin atasan nescaya pada Pilihanraya akan datang BN akan menang,itupun kalu nak BN menang PRU akan datang.Saya bukanlah seorang yang pandai berpolitik,pendidikan pun setakat pendidikan pondok saja tapi demipolitik negara yang saya sayangi perkara ini harus diambil perhatian.

  22. chan lilian,
    confirm ke itu surat dr Pak Lah??apa buktinya?setakat tandatangan @ letterhead tu sume org dh blh ciplak…ni kan zaman moden…ntah2 ada taktik kotor yg org gunakan nama Pak Lah….jgn terlalu mudah percaya…
    skrg ni,DAP dh pun dpt memerintah P.Pinang,apa perasaan u??adakah hak u di sana akan terjamin?harap2 u dpt apa yg u inginkan apabila DAP memerintah di sana..suami u pulang cpt,jambatan yg u nak kan…
    skrg ni,kita dh ada BN dan parti lawannya memerintah sesebuah negeri..jadi marilah kita lihat yg mana satu lebih baik…masih terlalu awal untuk menilai…just wait n see…

  23. “Kita mendapati bahawa pemilihan pemimpin sering membawa kepada perpecahan. Sesiapa yg dipilih dlm pertandingan tdk mungkin mendapat sokongan dari semua pihak. Yang tidak menyokongnya akan kecewa dan mungkin mengasingkan diri.Ini akan menyebabkan kepimpinan orang terpilih itu menjadi lemah kerana terdapat ahli yg tidak sanggup merapatkan barisan dibelakangnya selepas pemilihan.

    Dengan itu, pemimpin yang terpilih kurang berkesan dan tidak akan berjaya memimpin parti di peringkat bahagian untuk menentukan kemenangan calon BN dalam pilihanraya. Apa gunanya menang menjadi pemimpin bahagian tetapi kemudianya kerusi DUN atau Parlimen bagi kawan berkenaan jatuh kepada tangan lawan. Lebih buruk lagi jika di kebanyakan tempat berlaku perebutan kepimpinan, Parti akan kalah dalam pilihanraya umum dan tidak dapat membentuk kerajaan.”

    *Petikan dari ucapan Tun Dr Mahathir Pada Perhimpunan Agung UMNO 1989*

    Ape yang teman Teman nak Huraikan ni ialah inilah realiti yang berlaku dalam UMNO Sekarang kerana kelemahan Pemimpin yang ada sekarang.

  24. KEPADA PAK LAH SAYA MAHU KEPERIHATINA PAK LAH TERHADAP RAKYAT SUPAYA PAK LAH MEMBUAT GELANGGANG BADMINTON TERTUTUP YANG TIDAK BERBAYAR KEPADA RAKYAT DI NEGERI TERENGGANU DI KUALA BERANG SEMOGA PAK LAH MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADA ALLAH ATAS PROJEK INI.SAYANG PAK LAH

  25. ๐Ÿ˜ฅ Assalamualaikum PAK LAH,

    saya cuma hendak beritahu kepada PAK LAH bahawa kes rasuah di kalangan UMNO di cawangan gombak semakin menjadi-jadi kerana saya di jenguk oleh orang UMNO sendiri sedangkan saya amat menyukai dan menyokong apa-apa perancangan yang di lakukan oleh BN. Jadi saya amat berharap PAK LAH dapat menghantar suruhanjaya bebas rasuah yang telah PAK LAH bebaskan. Apa yang saya minta ialah melucutkan jawatan pengerusi BN di cawangan gombak seterusnya menggantikan kepada seseorang yang lebih dipercayai oleh PAK LAH sendiri. Saya sedih kerana saya sendiri di pulau oleh orang BN sendiri. Terus-terang saya bukan DAP-PKR-PAS tetapi saya orang UMNO-BN. Dan saya tidak akan mengkhianati PAK LAH. DEMI ALLAH-DEMI ALLAH-DEMI ALLAH-DEMI ALLAH-DEMI ALLAH-DEMI ALLAH-DEMI ALLAH.

    BB007

  26. Kita ada satu peganga dan harus percaya, kita sekadar mampu merancang hanya tuhan yang menentukan… Kehidupan ini memang sukar untuk diramalkan ataupun ditafsirkan… Apa yang terjadi itulah REALITI… Tak perlu menuding jari menyalahkan sesiapa… Sebaliknya tanya pada diri sendiri kemana hilangnya semangat kebangsaan yang cintakan tanahair… Siapa yang memerintah tidak penting sebaliknya Siapa yang berjaya memajukan dan memartabatkan bangsa, agama dan negara itulah yang kita perlukan… Masing-masing punya agenda tersendiri… Apa sumbangan kita pada negara??? Saya rindukan suasana kedamaian dulu yang jauh berbeza dari apa yang sekarang tapi saya tak nafikan saya juga perlukan kemajuan dalam hidup agar setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia… Cuba renungkan apa yang mampu kita sama-sama bekerjasama bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan bumi Malaysia tanpa mengherdik, mencerca dan menjatuhkan sesama sendiri… Biarpun tidak banyak yang mampu kita sumbangkan tapi jika digabungkan dan digandingkan, yang berat akan semakin ringan bebannya… ๐Ÿ˜‰ SALAM…

  27. ๐Ÿ˜ˆ
    sudahlah pak lah oiiiii…kasihan la kpd rakyat sama..letak lah jawatan tu bg kpd yg mampu untuk tadbir malaysia ni klu dah rasa tak mampu sgt…kami rasa sengsara semenjak pak lah jd pemimpin…bkn untuk tlong rakyat tp bagi mampos lg ada la kalau mcm ni…tp nak kata pun bela JIN macam tu la kot kan

  28. ๐Ÿ’ก assalamualaikum….
    sprti yg kita ketahui msia mrupkn sbuah negara islam ttp hanya bdsrkn pd nama.mgapa kita tdak mngamalkan konsep ajaran islam yg sbnar..sbg contoh aurat.dapat dilihat hanya segelintir isteri2 pemimpin yang mnutup aurat(BTUDUNG)..sedangkan mreka merupakan wanita contoh utk kaum hawa yg lain….itu sbbnya ramai konco2 yg t’ikut 2 tdk btudung..islam hadhari xkan bjaya dgn jayanya kalau prkara sekecil ini pun diabaikan/x diendahkn.. ๐Ÿ˜ณ

  29. assalamualaikum PM….saya wakil pelajar smk datuk haji abdul kadir.tingkatan 2.saya kesian pada pelajar-pelajar sekolah ini kerana komputer di makmal SMK Datuk Haji Abdul Kadir masih menggunakan window 98.ini menyebabkan pembelajaran menjadi susah kerana komputer yang ada sangat lambat dan selalu tersekat.oleh itu saya ingin memohon agar komputer di sekolah kami ditukar baru supaya pembelajaran kami menjadi lebih mudah.saya harap agar pemohonan saya dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan.sekian terima kasih.wassalam

  30. assalamualaikum….Peperiksaan PTK wajar dikaji semula atau di mansuhkan kerana tiada peperiksaan bagi jawatan Pembantu Kesihatan Awam U17 di pihak berkuasa tempatan. Bagaimana dengan kenaikan gred kami? kenaikan pangkat ? Sampai bila kami terus di abaikan? Harap Pak Lah dapat menyelesaikan masalah kami yang selama ini tiada pembelaan daripada jabatan atau kementerian.

  31. salam pak lah…tak tertanggung lagi rasanye melihat rakan-rakan Pemandu Teksi yang membeli kereta untuk kegunaan Teksi hampir 6 bln kereta yang di tempah tak dapat. Bermacam-macam alasan yang di berikan oleh pihak EON.Kesianilah dan bantulah mereka ini sebagaimana mereka inilah yang bertungkus lumus membantu semasa pilihanraya lepas memastikan kemenangan BN di JOHOR.

  32. Assalamualaikum…..Pembantu Kesihatan Awam U17 di Pihak Berkuasa Tempatan tiada peperiksaan PTK.Dah muak tanya Jabatan alasan yang di berikan pihak SUK dan Kementerian yang menguruskan.Tiada peperiksaan PTK bermakna tiadalah kenaikan pangkat dan semakan gaji.Harap Pak Lah membuat sesuatu agar nasib kami terbela.

  33. saya pelajar ekonomi global di uk..ape yg nk sya ckp…bkn senang nk takbir negara..dn sya rsa PM dah buat yg terbaik..dan didunia nie hanye nabi je yg jujur..kta cuma pandai ckp dan mengutuk ape yg xpuaskan hati kta..tp xtau nk ubah..kenape dlu xnk blaja pandai-pandai sampai jadi PM??

  34. Bersyukurlah wahai rakyat malaysia..! ๐Ÿ˜† kita masih negara terbaik di dunia. Nak apa lagi.? yang berkerja tu kerja dengan betul, yang tak berkerja tu carilah kerja. Jangan dok asyik jadi alat melalak je..

  35. Bissmillahirrohmanirrohim…
    Assalamualaikum pak lah….
    Di harap sudi membaca luahan hati ini…
    Bapa saya seorang OKU.Peningkatan kos sara diri telah membebani kami sekeluarga..Pencen ilat yang diterima bapa hanya RM380 lebeh sebulan..Keluarga kami mempunyi 2 orang anak yang masih dalam tanggungan.Ibu pula cuma seorang suri rumah..
    Untuk menampung perbelanjaan pelajaran saya yang kini di (IPTA)Politeknik dan adik yang berada di Sekolah menengah, memang memeritkan.
    Ini kerana,perniagaan kecil yang dijalankan oleh bapa,tidak menentu pendapatannya..Memang langkah menaikkan pencen pesara kerajaan suatu langkah yang baik dan bijak..Namun,adakah pencen Ilat(Perkeso)seperti bapa saya di lepas pandang kan??Adakah kerana silap bapa yang tidak berkhidmat untuk kerajaan sebelum ini dihukum begini??Kami juga rakyat Malaysia dan beragama islam…Perbelanjaan dan harga barang yang kini meningkat,benar-benar membebani kami sekeluarga.Saya seakan ingin berhenti dari meneruskan pembelajaran untuk bekerja,agar dapat membantu keluarga..Saya amat berharap agar Pak Lah dapat melakukan sesuatu untuk masalah ini..Demi masa depan kami sebagai anak melayu,amatlah diharapkan…Jasa baik Pak Lah amatlah dihargai..:sad:

  36. Assalamualaikum…

    Kepada sume yang baca letter saya ni terutamanye buat penyokong2 pembangkang!!! Jangan nak temberanglah… Parti pembangkang yang korang sokong sangat tu tak bagi apa2 pun kat korang…. Dahlah kurang ajar dengan sultan dan raja2 melayu…(Karpal Singh and Lim Kit Siang), pulak 2 tak tau malu dengan kes liwat…(Si Anwar Ibrahim), kalau orang lain yang buat aduan tu lainlah tapi bekas pembantu penasihat sendiri… MasyaAllah… Macam inikah orang2 yang korang sokong sangat?!!
    Negeri2 yang dah pun ditakluki pembangkang masih belum ada apa2 rancangan untuk memajukan negeri2 tersebut… Selama 50 Malaysia merdeka, banyak kemajuan yang dicapai disebabkan kerajan Barisan Nasional dan parti komponennya…Rakyat hidup aman sehingga ke hari ini… Tapi…mampukah parti pembangkang melakukan perkara yang sama? Rasanya tidak!!!! Baru je nak melantik Menteri Besar fahaman dan bercanggah…! Pemangku Raja Perak dan Sultan Selangor terasa dihina apabila beberapa kali majlis angkat sumpah Menteri Besar dibatalkan sedangkan selama parti BN memerintah tidak pernah berlaku sedemikian rupa.
    Lagi satu, betul ke Pak Lah ada tulis personal letter kat Mak Cik atas sana? Janganlah nak temberang….! Pak Lah takde masa nak tulis personal letter pada Mak Cik yang sokong pembangkang… Lebih baik tulis surat pada penyokong sendiri… Kesian Mak Cik tu ya…Nak tipu tak bertempat… Banyak lagi kerja lain yang Pak Lah kena buat, personal letter konon!!! Sudahlah korang, pembangkang hanya cakap merapu je… Korang yang bijak pandai pun kena tipu…. Kesiannya…. Hidup BN, Hidup Pak Lah..!!!!

  37. Assalammualaikum…………
    wat sume org.baik kite renungkan kembali ape yang dah jadi pada malaysia skang.dengan taraf kehidupan yang meningkat skang ni bleh ke kter idup mewah klo gaji setakat 1000. bukan aku nak kata sape2. pasal minyak kenape kter sbgai negara perlu naikkan harga minyak. ok kerajaan kata malaysia nak kurangkan subsidi. ape yang di subsidikan?
    minyak.. kter negara pengeluar sepatutnye minyak kter murah. kenape perlu ikut pasaran dunia. lain la klo kter import negara minyak cm negare lain seperti singapura. rakyat memberontak skang sbb sikap pucuk pimpinan yang tak berani bagi kata putus. kemudian mane pg hasil eksport brgan lain kter ke negara lain cm sawit dan getah. kter bkn bergantung pada myk sahaja.
    cerita pasal anwar pulak. taktik yang digunakan kerajaan tok jatuhkan dia dah lapuk. cukupla penganiayaan yang mahathir wat dulu kat dia. insaf la manusia. klo btol dia liwat budak 2. xkan la budak tu xleh melawan. anwar tu dah tua. bdk 2 bdk muda lagi. nampak sangt barisan takut klo anwar pegang jawatan presiden PKR.klo kerajaan jaga atie dan perasaan jangan risau sampai bila2 atie rakyat ttp ngan kerajaan.tp klo pucuk pimpinan menyusahkan rakyat sape leh tahan.kenape pak lah x leh jaga atie rakyat cm mahathir dulu.mahathir klo nak wat ape2 mesti tanye pendapat rakyat. kenapa kerajaan naikkan harga brg nape xnaikkan harga matawang negare kter?
    kenape?kenape?kenape? singapore lain walaupun myk mahal tp matawang diaorg tinggi. ni dah la gaji kecik matawang pun kecik pastu barang lak mahal. beras 10 kilo dah 40 ringgit lebih. pak lah lak suh kter berjimat. tp pak lah berjimat ke. wallahualam. aku pun xtau ape akan jadi kat malaysia lagi 10 tahun. sory la pak lah tp ni la hakikatnye skang.

  38. assalamualaikum…pak lah…
    hari ini saya nak kemukakan apa yang pak lah patut tahu jugak, atau mungkin pak lah juga ambil berat…dengan keadaan pelbagai perkara yang naik harga dan seperti kerajaan contohnya, memahami kedudukan rakyat yang pendapatannya dimajukan ke depan… Bagaimana pula dengan rakyat yang bekerja dalam industri swasta. Saya salah satu golongan rakyat yang mencari sumber pendapatan dengan dwadta, pak lah harus peka dengan industri PERHOTELAN dimana saya sendiri rasa ianya tidak diambil tahu oleh mana – mana pihak. Bagaimana mereka nak hidup dengan pendapan sebulan yang langsung tidak mencecah RM 1000 pun. Saya sendiri ada pengalaman bekerja dalam industri tersebut selama 2 tahun… Bayang kan kalau nak membeli sebiji kereta pun amat susah untuk dapatkan kalau berpendapatan sebanyak itu. Gaji pertama saya dengan salah satu syarikat perhotelan yang amat dikenali dan besar di Melaka iaitu basic RM 650 dan pengalaman saya dengan syarikat perhotelan yang ke 2 ialah salah satu hotel yang dimiliki oleh kaum melayu sendiri iaitu sebanyak RM 425 untuk basic sajer…..itu untuk jawatan tukang masak yang berpangkat commis 3 dan commis 2.

    Kini dengan kenaikkan harga beras, minyak dan sebagainya, pak lah harus lah memandang serius dengan masalah yang pihak kami yang bekerja dengan pihak industri perhotelan ini.

    Kami bekerja untuk mencari rezeki yang halal, dan kepenatan kami itu patut nya berbaloi. Tapi bagoi saya tak perlu untuk berkejar – kejar nak mencari kerja di dalam industri perhotelan ini, bagaimana pula dengan mereka yang dah berkeluarga.. Sayang keja bersungguh tapi KWSP kami bagaikan x dipandang serius oleh pihak2 yang tertentu. Apabila potongan KWSP saya gagal dilakukan oleh kedua2 pihak berkenaan.

    Saya dah pun melaporkan beberapa kali tapi ianya seprti memandang remeh perkara ini. Luaran saja nama industri perhotelan ini gah tapi didalam nya berbagai2 perkara yang xdapat nak digah kan sangat. Saya xberniat untuk menjatuhkan mana – mana pihak tetapi bayangkan, pelancong ramai nak ditarik masuk ke dalam malaysia, makanan nak yang sangat bermutu, berkualiti tinggi dan hampir perfect tapi bagaimana dengan kepayahan mereka yang bertungkus lumus, tidak pernah diambil tahu kebajikan pekerja.

    Terlalu banyak yang saya nak perkatakan dan luahkan pada pak lah sendiri. Bagi pendapat saya, HOTEL dapat keuntungan, Malaysia dapat nama TAPI PEKERJA nya miskin papa kedana…. itu hakikat yang saya tengok.

  39. assalamualaikum pak lah. saya juz nak luahkan apa yang patut pak lah tahu. sebagai student, saya rasakan pihak ptptn yang berada di bawah kerajaan patut menaikkan jumlah pinjaman bagi setiap semester. ini semua gara-gara kenaikan harga minyak yang dinaikkan oleh pihak kerajaan sendiri. bersimpatilah kepada mereka yang dari keluarga yang berpendapatan rendah. ayah saya bekerja sebagai buruh dan gajinya tak sampai pun seribu. harap pihak kerajaan ambil peduli hal ini. jangan cakap je lebat, tapi habuk pun tadak. turunkan sekali caj 3% yang dikenakan ptptn.kat kerajaan islam. kerajaan islam apa benda kalau riba dihalalkan. lu pikir la sendiri. assalamualaikum

  40. assalmualaikum pak lah. saya ingin meluahkan rasa kecewa yang terpendam. Saya bukanlah dari golongan yang berada. saya merupakan anak yatim piatu yang cuma bekerja sambil belajar untuk menampung hidup. Tetapi keadaan bertambah rumit apabila harga minyak diumumkan naik termasuk juga harga barang-barang lain. Dengan pendapatan daya yang sedikit dengan cara bagaimana harus saya selesaikan..Apabila elaun diminta untuk dinaikkan..cadangan kami di tolak..saya bekerja sebagai pelatih di salah satu sektor kerajaan..saya dan rkan-rakan saya tidak mempunyai kwsp walaupun kerja kami setaraf dengan pekerja tetap kerajaan..malahan kami dibebankan dengan kerja-kerja sulit yang tidak sepatutnya kami tahu. kmi juga tidak diberi peluang untuk menjawat pekerjaan tetap dan diserap. malah hampir 2 tahun saya dan rakan-rakan masih sebagai pelatih di sini..Untuk makluman pak lah kami bekerja mulai jm 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan dengan elun rm350.00 sebulan..adakah ini dapat menampung kehidupan kami dengan keadaan ekonomi sekarang..saya amat berharap pak lah dapat mengambil tindakan sewajarnya..bantulah kami..assalamualaikum.

  41. assalamualaikum
    harap pak lah tak kecil hati disebabkan kritikan dan kutukan rakyat jelata nak jadi pm memang tanggunggjawab berat susah nak buat keputusan walaupun sayaberusia 25thn saya selalu mengambil perkembangan politik zaman sekarang tak macam zaman dahulu .Saya ada beberapa cadangan untuk kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meringankan beban kerajaan.
    untuk rakyat
    1.kerajaan perlu memberi makanan percuma untuk rakyat yang bekerja kilang berpendapan rm 600 kebawah.kerajaan kena lantik penghulu kampung atau jkkk bagi di bandar pula kerajaan kena lantik ketua-ketua perumahan atau

Comments are closed.