Sebentar tadi, saya telah mengikut DSAI dari Mount Erskine ke Sungai Ara. Semasa di Mount Erskine, sound system tak cukup baik jadi tak dengar apa-apa. Jadi kami pun mengikut entourage DSAI terus ke Sungai Ara. Maklumlah, saya memang berasal dari Sungai Ara, mengaji di Sek. Menengah Sungai Ara. Jadi kira balik kampung lah.

DSAI di Mount Erskine PKR ceramah
(Ini gambar DSAI di Mount Erskine. Beribu-ribu orang juga sampai tak ada tempat nak berdiri.)

Lagi pun, saya buang undi di Pantai Jerjak jadi saya nak berkenal dengan calon pilihan saya.

Semasa tengah dengar ceramah tu, dapat SMS dari kawan. Dia kata berita gegar, gempaq. Ada video seks Khairy! Merepeklah. Forget it lah. Tengok muka dah cuka seram. Tak nak bermimpi, nanti esok tak boleh bangun tidur nak pergi mengundi.

Ceramah DSAI di Sungai Ara

(10,000 orang dari berbagai bangsa berkumpul di tepi jalan, tepi longkang, padang lallang sebab biasalah, mana nak cari tempat lapang yang elok kan? Dari gambar ni, boleh nampak ‘crane’ video? Lebih kurang sejauh 500 meter, semua dipenuhi rakyat Pulau Pinang yang inginkan perubahan, reformasi dan harapan. Sementara tu, semasa saya berjalan ke tempat kereta, nampak pejabat Barisan Nasional. Sunyi sepi aje.)


Ok, pasal lawatan DSAI. Beliau pergi ke Sungai Ara. Di sana ada kubu PAS dan PKR. Kebanyakan penduduk di sana, seperti kawasan Bayan Baru adalah bangsa Melayu. Saya pasti PKR pasti menang kuat.

Ada lebih kurang 10,000 orang di ceramah DSAI di Sungai Ara. Mengikut MC, ini adalah lebih 5 kali ganda para hadirin di ceramah Barisan Nasional….Jadi, moga-moga PAS dan PKR dapat semua kerusi di kawasan di sana.

Calon Parliamen, Dato’ Zahrain tu memang favourite saya. Dia boleh bercakap Hokkien. Calon DUN Pantai Jerjak seorang pemuda Cina. Pandai PKR sebab di sana adalah kawasan orang Cina. Pilihanraya dulu, ada calon PAS saja.

Jadi, jangan lupa pergi mengundi esok!

Selamat mengundi.