Get Adobe Flash player


Ini pasal politik

Sebentar tadi, suami aku channel surfing pergi Astro 101 dan Astro 103. RTM1 dan TV 3 lah tu…..

Masa tu tengah berita perdana. Saya pun pasang telinga dengar berita lah. Ada apek Cina seorang duk komplen pasal geran tanah dan buat heboh yang MB yang cap bulan tu tak bagi kat dia lagi. Dah tu, keluaq sorang jantan, entah siapa aku tak kenal lah. Eh, chup sebentar, masa aku dengar apek Cina buat bising sangat, aku keluar pi tengok tonton TV lah. Sebab tu aku baru boleh nampak.

Jadi, TV tu tunjok sorang laki Melayu cakap pasal nak tolong apek lah, buat muka kesian lah macam-macam lah. Tak apa lagi. Saya cool lagi. Sebab kita tau TV3 dengan RTM tu dacing punya.

Tapi…yang aku meluat tengok tu….ada sorang Cina bawa bendera biru dacing berdiri di belakang jantan yang duk cakap kat kaca TV tu. Ish, ni apa huh? Jantan Cina tu, pun melambai-lambai bendera tu masa jantan Melayu tu duk cakap. Niamah, think you on top of Mt. Everest kah? Or Olympic gold medalist? Waving the flag like a monkey in a circus.

So, I pun marah-marah lah. I punya husband pun pujuk….Dia kata…”Kalau tak pegang bendera dacing, nanti orang ingat mamat buang sampah yang mana satu pulak yang masuk TV tu…” *slaps forehead* Nasib baik suami tak jadi blogger.

Ada satu lagi….lebih awal dari tu, I pulak miang, pi tengok Ezam kat Malaysiakini dot tv. Aku rasa Ezam tu memang sebijik semacam DSAI. Dari cara dia cakap, cara dia emphasise sesuatu perkara, baju dan potongan badan. Yang sedih tu, mengapalah seseorang tu boleh benci seorang lagi sampai ke tahap tu? Segala tomahan, perkataan kesat seperti DSAI tok-kok dan lain-lain lagi langsung tidak mencerminkan tata-tertib seorang pemimpin Islam. Tapi kan, bila saya pikir…kesian juga Ezam tu. Setiap kali ada by-election, UMNO mesti tarik dia keluar jadi tukang tikam belakang. Mana pergi beg-beg yang ada rahsia tu? Mengapa masa perhimpunan UMNO tak nampak Ezam dapat apa-apa penghormatan atau kedudukan? Saya bukan peminat DSAI atau pembangkang UMNO. Yang kat PKR tu, saya cuma minat kat Tian Chua. Kahkahkah…Tapi, saya memang bengang lah. Bila cakap pasal politik, semua manusia tu langsung tak berpegangan prinsip lagi.

Sementara tu…kat Bukit Selambau tu….tadpoles (apa panggil anak katak?) berudu tiga belas ekor duk spawning. Bila dah besar nanti, mereka nak lompat sikatak lompat lah tu….

Aku dok pikiaq ni. (cakap orang penang lah – meaning, aku sedang berfikir) Minta-minta kat Penang ada by-election. Aku pun nak jadi independent candidate. Bayar kawan ramai-ramai undi. Bila dah menang, dapat habuan RM5 juta….. Bisnes ni bagui noh?




8 Responses to “Ini pasal politik”

  1. berudu…..

    Ulquiorra´s last blog post..When you have too much time in hand…

  2. Ulquiorra – Pandai! Sepuluh markah untuk Ulquiorra.

  3. Bagui, bagui !! Saya dapat undi dan dapat duit juga … wah, kaya lo!

    Bila you duduk itu kerusi, jangan lupa you punya kawan ya?. Bagi la business sikit. Boleh?? Ini macam baru I undi you la!

    Sama sama kaya!

  4. Momo – Sure boleh. Berapa ekar tanah kamu mau? Kita sama-sama kronik kroni, ok?

  5. aku dok kat opis baca hang punya post pun dah nak mampui gelak!! hahaa
    Eh your hubby ada bakat besar jadi blogger mah..suruh dia join sekaki!!

    kaDusMama´s last blog post..Super Mini Bloggers Gathering..

  6. LOL. You should seriously go contest for elections, under what banner ah?

    Eric´s last blog post..It has been awhile…

  7. eric – I wait and see how much MCA, DAP and Gerakan offers me first lah.

  8. i will support you from far. you have the ‘talent’! to be a good one lah, seriously.