Berikut adalah satu video yang memaparkan secara ringkas isu di Kampung Tanjong Tokong.
Pada mulanya, saya memang tidak ada minat hendak mengikuti isu ini kerana selepas Kampung Buah Pala, saya dah takut dengan kes yang melibatkan politik yang begitu dahsyat.
Tetapi, pada pagi Khamis 19 September, 2009 saya teringin pulak nak tengok tempat yang dipanggil Kampong Tanjong Tokong ini. Ia merupakan isu hangat buat masa ini.
Saya pun bawa kereta lalu di kawasan itu. Di sana ada pasar pagi. Jadi, saya pun ambil kamera saya dengan tujuan untuk mengambil video pasar di sana.
Ternampak pulak Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong yang berdepan dengan tokong Cina. Kedua bangunan ini bertentang. Saya pun ambil video nak tunjuk betapa aman kami penduduk Pulau Pinang. Di sekeliling tokong Cina itu, ada beberapa buah rumah orang Islam. Tak kacau pun…
Entah macam mana, saya pun ronda-ronda pergi pasar. Jumpa satu Achee India. Kesian dia…Dia cuma jual daun pandan dan daun kari. Daun kari tu pun dah kering, dah jatuh dari tangkai. Siapa nak beli kan? Tapi, dia cukup ceria dan gembira dia dapat jual RM2 sepanjang pagi itu.
Lepas sembang dengan dia, penjual ayam pulak tanya tujuan saya ke sana. Saya kata saya ni wartawan masyarakat dan tunjuk media tag Malaysiakini.tv.
Dia pun mula cerita pasal keadaan di kampung tu. Dia suruh saya jalan depan sikit dan tengok keadaan di sana. Saya pun jalan-jalan sambil video kawasan tu.
Hampir kesemua rumah di sana dah dirobohkan. Yang tinggal cuma beberapa buah saja. Cerita seterusnya, tengok video lah….
Buat masa ini, mengikut pendapat saya, Kampong Tanjong Tokong ini memang lain dari Kampong Buah Pala. Dari imbasan saya, penduduk-penduduk di sana memang akur kepada keadaan.
Saya ada juga pergi ke rumah transit di belakang Metrojaya (Island Plaza). Rumah transit di sana pun nampak selasa juga.
Kalau you nak tau mengapa saya blog dalam BM…ni I nak habaq. Isu kampung ni memang akan berpanjangan (drags on?). I sekarang nak sharpen the tongue. Or else, I leceh lah….Every sentence I pun start dengan ‘jadi’. Ish!
bravo on your bm posting. is it ok if i request for a hard core penang bm slang post? just like ‘habaq’….really love to read that. thanks in advance.
Heard the interview with the rep. They have no objections to the project n just want the details of the settlement ironed out.
Now if we can just keep some “sustainable development” activist from causing trouble there.
I hope they had received more compensation though.
selvi – There are many sides to the story. Hope I have the chance to get the side of the group who wants the village preserve. Actually, the two persons I spoke to told me the developer will give a unit each to those with more than one family living in the house. However, I am not too sure if it is true so I didn’t include that conversation. Say if the parent has two or three children still living the same house, the kelamin (or male heir?) will also get compensated. And some are given a huge discount to purchase the unit. Let’s see how this unfolds in the coming days.